14 February 2012

Taman Rimba Komenwel.

Ahah!! Entry kali ni..aku akan bwk korang semua ke Taman Rimba Komenwel. Mandangkan cuti sehari (Sabtu daniel ada sekolah ganti satu hari..sek keb ngan sek Agama) so hari sabtu manjang la dok kat umah…so hari ahad tu kitrg plan nak g Taman Rimba Komanwel.Ianya  terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah (perghhh..dasat x info). Terletak 6 km dari Pekan Rawang melalui Jalanraya Pekan Rawang ke Kuala Lumpur, 23 km dari Kuala Lumpur ( dekat ngan Hutan Lipur Kanching ). Kat TRK ni disediakan chalet serta beberapa kemudahan lain untuk berkelah, berkhemah, trekking dan bersiar-siar…

Soooo….tujuan ktrg adalah adalah untuk berkelah. Dah lama daniel request nak berkelah cam kat dalam tv katanya. Tapi ktrg ni x tau nak bwk ke mana. Kalau Templer Park tu cam kotor sikit kan…seb baik la ada pak long ngan mak long yg kaki hutan kan..so drg la suggest nak g TRK ni. So kalau nak berkelah2 ni lebey sonok kalau g ramai2 kan cik not? Oleh yg demikian, selain dari famili aku ngan kak long, ktrg ajak mami ngan abah sekali, jiran kak long merangkap baby sitter anak2 dia ( nasib baik kak long x ajak satu kampung kan..) dan jemputlah jugak family belah En wan atau lebey dikenali dengan nama mertua aku…mmg sonok la bila famili mertua aku pun ada walaupun datang lambat sikit…takperr, ktrg leh tgu punya…

isy panjangnya mukadimah…dipendekkan cerita kitrg dah sampai kat TRK ni pukul 8.30 pagi…sesubuh sipie..eheheh….kak long la ni, katanya nak sampai pukul 8.00..last2 dia yg sampai kol 9.00…aparaaa……
 
Utk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak RM5 utk parking dan RM25 utk 1 tapak perkelahan. Semua ktrg share2 bayar..so kira consider murah la kan…
pintu masuk TRK…copy dr internet sebab x sempat snap masa masuk

 pemandangan tasik kat TRK…sangat mendamaikan….

 budak2 excited tgk ikan, kura2 yg jinak2…

 hamik gambo reramai dulu…famili aku, famili kak long, abah n mummy dan famili kak za (babysitter anak2 kak long)

adik wif grenma n grenpa…x mo langsung dipegang grenma…tak tau le nape dya anti sgt ngan grenma..hihii
 Tapak perkelahan….ni lah yg kene bayo RM25 tuh…oklah tempat bersih..yg penting sekali toilet dia bersih!! Kalo kotor hagham daniel nak masok!
 Iman tangan berbalot pun still melasak ngan air..
 makanan disediakan oleh kak za dan kak long..tq…part aku Cuma bwk pinggan n cawan kertas.


 Setiap tempat perkelahan disediakan tempat utk barbeque….
Mak mentua I dah bentang sila tuh…


 Nur Damia Farisha


Balik jommmm!!!!


~ Mutiara Kata utk post kali ini ~
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.“

3 comments:

  1. sori lambat reply..
    baru balik outstation 4 hari..
    nampak ok dah blog aiza tu..dah jadi photograper ke skang ni..lawa2 gambornyer..hehehe

    ReplyDelete