12 June 2013

A little story begin..

As slm...
It's 12th June 2013.
4:13 pm
Pulapol Jln Semarak
 
Haha..poyo jer..Nampak sangat aku update blog ni kat opis kan...ermm, update balik la...x de keje dah ni.
Well, nak citer apa yer..tadi bukak blog mama ieja Nampak satu link ni yang membuat aku tertarik utk post dlm blog ni... untuk bacaan bersama. Lets read guys...
 
 
 

“Saya sedih la kak, mak dan ayah saya mengatakan saya sial, saya ni bawak malang. Sekarang ni, saya risau sial dan malang saya akan menyusahkan suami saya pulak…”

Di atas adalah antara luahan seorang wanita muda dalam temujanji menerusi panggilan telefon bersama saya minggu beberapa hari yang lalu. Sebenarnya, luahan sebegini dah acap kali juga saya dengar, saya terima melalui e-mel malah kiriman SMS menerusi talian temujanji. Bukan saja luahan diri sendiri mengakui kesialan dan malangnya diri tetapi juga luahan kata-kata yang dihamburkan oleh insan yang disayangi, betul-betul menikam hati hingga kata-kata tersebut dipercayai dan sentiasa berlegar mengganggu emosi.

Benarkah anda sial? Anda membawa malang? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada jangkitan, tiada sial, tidak ada kecelakaan burung hantu dan tidak ada bala di bulan safar…”(Hadis Riwayat Bukhari).

Hadis ini menjelaskan setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT tidak mempunyai sial ataupun membawa sial ataupun malang kepada sesiapa pun juga. Malah, setiap makhluk ciptaan-Nya: manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala dan segala makhluk halus atau seumpamanya, mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Kita manusia, sudah pasti lebih istimewa daripada makhluk lain ciptaan-Nya memandangkan kita dikurniakan dengan akal. Akal yang sewajarnya kita gunakan untuk berfikir, mencari rahsia di sebalik setiap kejadian yang berlaku dan bukan dengan sewenang-wenangnya memperakui kesialan dan malang seseorang.

Anda bukan sial. Anda bukan malang. Anda juga bukan pembawa sial malah bukan juga pembawa malang. “Habis tu, kenapa ada saja yang tak kena?” Senaraikan apa yang tak kena kemudian selidik secara teliti, apa punca dan sebabnya. Pasti ada sebab lain dan sebab itu bukanlah kerana nasib anda!!! Paling penting juga, hidup kita sehari-hari bukan berpandukan kepada nasib. Hakikat sebenar kehidupan kita telah ditulis storylinenya oleh Allah SWT sejak kita masih berada di alam roh. Ia seakan sebuah skrip drama yang dilakonkan di pentas sandiwara. Bezanya, skrip ciptaan Allah SWT boleh berubah dan bertukar dengan doa.

Ya!! DOA!!! Ramai yang tidak mempercayai kelebihan dan keistimewaan doa. Doa yang bersungguh-sungguh, penuh mengharap, insyaAllah akan didengar dan dimakbulkan oleh-Nya. Saya ulangi, bersungguh-sungguh dan penuh mengharap!! Kenapa? Analogi mudah, kalau anda inginkan sesuatu daripada seseorang, apakah anda akan dapat benda yang anda inginkan hanya dengan permintaan yang sekadar bergurau dan tidak serius? Jika sesama manusia pun kita perlu bersungguh-sungguh, kenapa tidak dengan Dia? Ya!! Dia tau dan amat mengetahui tapi anda tetap perlu tunjukkan keseriusan anda sebagai tanda kebergantungan sepenuhnya.

“Kalau begitu, kenapa kisah hidup saya tidak ada cerita bahagia? Hanya derita? Hanya tangisan?” Tunggu… apa maksud anda bahagia? Apa pula maksud derita? Gagal dalam bercinta? Gagal dalam perkahwinan? Dapat suami yang abai tanggungjawab? Dapat isteri yang tak tau hormatkan anda? Tidak bekerja? Senaraikan lah…. saya yakin, bukan semua itu milik anda. Sekarang, senaraikan pula perkara-perkara yang tidak mendukacitakan: bertemu kawan, berborak sama-sama, bermain dengan anak, berbual di telefon dengan ibu bapa, makan malam istimewa, terima ucapan hari jadi dan macam-macam lagi… yang telah anda alami berbelas atau berpuluh tahun dalam jangka masa hayat anda kini. Benarkah tidak pernah ada cerita bahagia??

Anda rasa diri anda sial dan malang tapi anda masih mampu membelanjakan wang membeli majalah ini. Anda rasa diri anda sial dan malang tapi anda masih mampu membelek majalah ini. Tahukah anda, ada orang lain yang hidupnya lebih sial dan malang (jika itu lah pendirian anda) daripada anda?

Tak percaya? Perhatikan sekeliling anda, pasti ada orang lain yang lebih teruk lagi nasibnya. Tak ada? Atau anda enggan mempercayainya!! Saya berikan kes mudah: bersyukurlah kerana anda bukan tergolong dalam mangsa keganasan di Palestin, anda bukan mangsa kecelakaan gempa bumi dan paling penting, biar apa pun ujian yang Allah SWT berikan kepada anda, anda masih mampu terus menghembus nafas di muka bumi ini, nikmat hidup yang takkan ada sesiapa pun boleh berikan jaminannya kepada anda, sebagai satu peluang untuk anda membina kecemerlangan diri kerana anda memang istimewa dan boleh cemerlang.

Percayalah kepada diri sendiri, percayalah anda bukan sial, anda juga bukan malang. Anda ada keistimewaan, anda ada kelebihan yang tersendiri. Buang semua kata-kata karut yang menghantui emosi dan minda anda. Bangunlah bermula detik ini, capailah apa juga impian anda dengan usaha tanpa lelah, tanpa putus harap kerana kita ada Dia untuk mengharap dan terus berharap.

*** so moral of the story, x de istilah pembawa sial or wateverlah... Allah sendri x membeza2kan umatnya kan..so siapa kita nak cop org tu atau org ni pembawa sial? astagfirullahazimmm...peringatan untuk diri sendri jugak...berbaik sangkalah kita sesame kita kan...
 

21 February 2013

Anugerah, Amanah dan Tanggungjawab


Dulu 2D, sekarang dah 3D..heheh..macam grafik 3D laks....Alhamdullilah, semoga dapatlah ibu dan ayah menjalankan tanggungjawab dan amanah ini sebaiknya....aminnn. Semoga menjadi anak2 yg soleh dan solehah....Dyia, ayah cakap nti ayah carikkan jodoh, x leh pilih sendrik..hahaha..bole gitew zaman moden ni? Daniel carik sendri yg solehah....syifaa ayah kata dok ngan ibu ngan ayah je, biar kami jaga....heheh...abeh? kalau syifa dah kawin takkan nak dok ngan kita sekali bang oiii.... hikhik...tak kisahlah itu citer skang...akan datang kita x tahu....ibu n ayah cuma doakan yang terbaik je untuk anak2 ibu di dunia dan akhirat nanti...insya Allah....(isy..terlalu awal nak citer pasal kawin kan anak2 neyy!) terlebey sudaaa.....
 
 
 
 
 
gojes sumer anak mak jemah ni! ahaks...

Memperkenalkan ahli baru kami

Dyia Syifaa
Nama diberi. Dilahirkan pada 4.10.213 secara ceaserean di PPUM. Dilahirkan dengan berat 3.01kg. Selepas dilahirkan dibagi tengok sekejap je oleh nurse dan kemudian terus di bawa ke NICU disebabkan masalah jantung yg dihidapi. Lahir tak menangis tapi cuma keluar bunyik "ekk"... baby yg lahir tidak menangis mmg baby yg ada masalah...

Stay di NICU selama 2 hari..ibunya dok kat wad selepas bersalin selama 4 hari...(huhu, kalau bersalin normal, esoknya dah buleh kuor) seksa sgt ceaser ni...hari ke 3 Syifaa di tukarkan ke Wad Paed PPUM. Dok dalam inkubator dengan bantuan cecair prostan yang dicucuk pada tangannya. Prostan dimasukkan ke dalam badannya untuk membantu Syifaa mendapat oksigen yg secukupnya untuk dia bernafas.... kesian anak ibu....apa2 pun ibu anggap ini anugerah Allah yg paling istimewa untuk ibu..alhamdullilah....

 Dyia Syifaa....masa ni umur 3 hari...bam bam kan..putih lak tuh....sian syifaa..berselirat wayar...
 ibu leh tengok dari luar je....masa ni ibu still pakai wheelchair...hari ke 3 masih x leh jalan, sakitttt....
 
Syifaa stay kat PPUM beh kuang 18 hari...kemudian terus di rujuk ke IJN...admit kat IJN pada 16.10.2012. Hari pertama sampai IJN terus doc wat echo...echo ni macam scan la...hasil dari echo, Syifaa didiagnose menghidapi:

1. Transposition of great arteries
2. Atrial Septal Defect
3.Ventricular Septal Defect
4. Pulmonary Atresia.
 
Fuhh..hebat dugaan tuh...apapun aku tetap doa spy syifaa mampu mengharungi segalanya dengan kuat...dan syifaa mmg baby yang kuat...alhamdullilah....

Pada 22.10.2012, Syifaa masuk dewan bedah untuk buat operation Blalock–Taussig shunt..nak tau apa tu BT Shunt sila baca link ni http://en.wikipedia.org/wiki/Blalock%E2%80%93Taussig_shunt
Di bahasa melayukan dengan bahasa yg mudah paham...BT Shunt adalah prosidur untuk membuat saluran palsu ke paru2 bagi membolehkan oksigen sampai ke paru2 (kalau salah mohon maaf - kot2 la ada pakar jantung yg baca entry ni...hukhuk)

 Masa ni Syifaa lepas keluar dari OT...sedey sangat masa ni...wayar kat idung utk masukkan susu, kat mulut tu ventilator....tiub tu sampai ke paru2 untuk bantuan pernafasan...nak tolong paru2 dia bernafas...
Ini hari ke 2, waaaa...lagi kesian...dah pakai BiPap..tapi nurse ckp Bipap lagi bagus drp ventilator sebab tiub x masuk melalui tekak..kalau ventilator lama sangat kat tekak takut ada infection....masa ni sedeh sangat2....sob sob...

Syifaa terpaksa duduk di PICU IJN selama 10 hari...huhuhuhu.....
Ini syifaa masa hari ke 9 di PICU, masa ni dah bukak BiPap...masa ni ibu syukur sangat2 sbb paru2 syifaa dah boleh bekerja sendri..x payah bantuan machine.....hari ke 10, syifaa kuar dari PICU....yeayyy!!! Alhamdullilahhh....syukur Ya Allah...

Journey Of my pregnancy...

Boleh dikatakan masa preggy yg amat sedey...tapi amat2 bersyukur walaupun mulanya terkejut.
Mungkin ada salah silapnya kehidupan sebelum  ini sehingga Allah memberikan ujian dan dugaan seperti ini... cuba muhasabah diri sendiri...akhirnya redhaa....

Masa kandungan 20 weeks, g scan kat PPUM. yg scan Doktor Sofia x silap aku...scan punya scan dia kata ada mcm keabnormalan pada jantung baby...aku dah cuak...doc kata jantung nya mcm byk ke sebelah kanan..jantung normal sepatutnya kat tengah2 sikit hala ke kiri...beh kuang camtuh la.. start dr nampak keganjilan itu, setiap minggu aku g scan kat PPUM sebab nak tgk perkembangan jantung baby...dari minggu ke minggu keabnormalan makin ketara... bukan setakat sorang doc yg tengok. Tapi ada 3 doc yg rujuk ngan kes aku...Prof Asma (pakar jantung paed), Prof Jamaliah ( x sure apa position dia) & Doc Sofia...

Hasil perbincangan drg, jantung baby mmg ada masalah. Antara yg aku paham :
1. Jantung normal ada 4 bilik, but jantung bb aku cuma ada 2 bilik.
2. Ada 2 lubang pada jantung.
3. Kedudukan jantung bukan di tempat yg sepatutnya.

Time tu, cuma redha...redha..dan cuba redha....sampailah ke akhir pregnancy. Melalui bulan2 pregnancy dengan rasa yg amat sedih bukan mcm ibu2 preggy yg lain....cuma pikir kan mungkin ada hikmah disebaliknya dan berdoa sentiasa supaya baby dilahirkan sempurna dan sihat....

Doc tanya, nak ceaser / normal...aku pilih ceaser. Tapi doc kata aku leh normal...tapi saja gatai nak rasa ceaser. Akibatnya, sangat sadis dan serik..better normal than operate...tapi nasib baik operate sebab masa dok godek2 perut aku nak kuorkan baby, tetiba doc ckp "ooo..breech la.."..hah, doc sendri x tau baby breech...kalo x operate, sakit contraction pun rasa, sakit operate pun rasa...haru rasanya...

bersambunggg.....lunch jap!

Salam 2013



Assalamualaikum...
waaaaa...lamanya x hapdet blog ni...dah bersawang berkulat ijao...hihih....

Salam 2013...
Dah 2 bulan berada di tahun 2013... last entry bulan April 2012. Lepas tu tebenti sebab aku peknen..asal peknen je mabuk..bukan mabuk2 biasa, luar biasa punya...makan x leh..minum x leh..melepek je kijenya....mata nak tidoooo jer...

Insya Allah lepas ni nak sambung hapdet balik....